KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia menimbangkan pemberian ganjaran khas kepada gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast, Australia, semalam.
Menterinya Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memberi insentif berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada atlet negara yang beraksi cemerlang di pentas antarabangsa.
Hannah berkata beliau juga akan memastikan MSN memberikan sokongan tambahan kepada dua atlet berkenaan untuk mereka terus mengekalkan prestasi terbaik pada kejohanan akan datang.
"Saya nak ucapkan tahniah kepada mereka...(kejayaan) dua wanita ini sama dengan hasrat kita untuk mempromosikan wanita dalam sukan.
Kejayaan gandingan negara itu hadir selepas mereka menewaskan pasangan dari Malta, Rebecca Rixon dan Connie Leigh Rixo 15-11 pada aksi final acara pairs wanita, sekali gus menamatkan penantian 15 tahun Malaysia meraih pingat emas di Kejohanan Dunia.
Sementara itu, mengenai program hari ini Hannah berkata ia merupakan usaha untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Korea Selatan.
"Kita tahu K-pop sangat popular di Malaysia, dan ini merupakan inisiatif pertama untuk kita mulakan kerjasama itu. Kita juga ada pertukaran apabila kita minta atlet membuat persembahan (seperti gimrama dan wushu) dan mereka pula perkenalkan sukan mereka (tarian dram dan 'Geum-do') kepada kita," katanya.
Hannah pada masa sama turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon dan pasukan Bawah 23 (B-23) Tahun, yang masing-masing menampilkan prestasi membanggakan semalam.
Skuad Harimau Malaya menampilkan persembahan terpuji apabila mengikat tuan rumah, China 1-1 pada aksi antarabangsa Tier 1 di Stadium Phoenix Hill di Chengdu, manakala pasukan B-23 negara menumpaskan Filipina 4-0 pada perlawanan kedua saingan Kumpulan H pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi di Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Kejayaan gandingan negara itu hadir selepas mereka menewaskan pasangan dari Malta, Rebecca Rixon dan Connie Leigh Rixo 15-11 pada aksi final acara pairs wanita. - Gambar fail/Sinar Harian
AWANI Ringkas: PM ingatkan, beri projek pada yang layak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
reels test 4
Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
[TERKINI] Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8%
Bank Negara Malaysia laporkan inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8 peratus berikutan peningkatan sedikit pada inflasi teras iaitu apda kadar 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Usaha bawa pulang jemaah terkandas di Makkah: TH belum terima laporan rasmi
Mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Hashtag #SwiftiesForPalestine menjadi sohor kini di platform sosial X minggu ini susulan serangan Israel di Rafah.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Kim Jong Un ketuai latihan pelancar roket
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa latihan menembak 600mm pelbagai pelancar roket bersaiz besar yang dikendalikan tentera negara itu.
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Malaysia China komited kukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik
Malaysia dan Chian komited perkukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.